Sunday 13 November 2011

memoriPANIC

Salam readers,
hai,ini post ke-2 aku,please enjoy it!!


First of all,aku nk ucap TAHNIAH!! kepada pasukan Harimau Muda yang telah berjaya menewaskan pasukan Kemboja dengan jaringan 4-1 pada perlawanan ke-3 peringkat kumpulan petang tadi.Aku menantikan perlawanan korang dengan Indonesia nanti..ALL THE BEST!!


Ok,post ak kali ini aku nak kongsi sedikit pasal pengalaman aku yang telah mengajar aku akan jangan taksub dengan cerita kanak-kanak!


Baiklah,nak dijadikan cerita, kisah ini terjadi pada 2 tahun lepas dimana aku dan seorang sahabat berkunjung ke sebuah pasaraya (tidak diberitahu nama) untuk shoping sekadar memenuhi masa yang ada.Setelah sampai dan survey beberapa tempat,aku masih lagi meliarkan mata mencari kedai yang sesuai dengan citarasa aku...
sedang aku berjalan seiring dengan member aku,aku ternampak sebuah booth yang menjual aneka cermin mata,aku pun singgah sekejap....sedang aku usya cermin mata....tiba-tiba aku terlihat...



aku: Weh IM!!!wwWWwwweh Im!!pergh!!!(sambil menunjuk-nunjuk spek itu)
im: aper weh?!aper weh?!(semacam nak cube spek tapi x jadik)
aku: ni Im!ni Im!(sambil menunjukkan riak wajah yang kagum)
im: ape?!ape?!(semakin hilang sabar)
aku: ni Im!ni Im! (masih terasa kagum)
im: eh aku PANG!! satgi,ni makan die kang....(sambil menunjukkan penampaq kat aku)
aku: hehe,ni haaa ko taw tak ni aper?(cuba memujuk)
im: tu spek mata laaa...awat?(masih xpuas hati)
aku: haaa,ang taw tak apa spesel pasal spek ni?(saje nak menduga)
im: biasa je, aku tgk..cermin itam bingkai merah jer..nape weh?(dah reda sedikit)
aku: haaa,ang x taw...~ (buat muka kerek)
im: memang laa aku xtaw,kasi taw laa kat aku!!(raser nak marah balik)
aku: spek ni haaa...samer macam CASEY..mamat POWER RANGERS MERAH  tu pakai mase die nk MORPH(bertukar) jadik POWER RANGERS tuh..(sambil wat muka kerek kali ke 2)


im: argh sudah!!sawan power rangers ko da datang nih!! ko letak cepat spek tuh!jom kite blah!cpat!cepat!!(dia seperti sudah menduga akan hal yang aku nak buat nanti)
aku: jap laa bro...aku baru berminat nih...hehe (metenteramkan keadaan)
im: eh?ko nk buat aper lagi tuh!!ah sudaaaaa.....(sambil pegang kepala)







aku: im!ko tengok ni!!style tak akuh!!


 It`s Morphing Time!!red rangGG.....


ADUH!!aku terasa siku aku menyinggah sesuatu!!ya ALLAH!!








rupa-rupanya..

aku telah tersiku seorang lelaki china tua!!tepat kearah perutnya.....

lelaki tua itu sempat menunjukkan riak wajah ini...






sebelum...


rebah..terkulai di lantai mozek pasaraya tersebut

aku terkedu,tidak tahu hendak buat apa,aku pandang Im..Im semakin jauh daripada aku...seperti dia buat buat tidak mengenali aku...ceh,haprak punya member...


aku terus mendapatkan orang tua yang senak perut itu..



dan segera mengambil tongkatnya lalu memberikan kepadanya...


dengan berbekalkan muka innocent aku ni,aku memohon maaf kepadanya sambil membuka spek mata durjana itu tadi..


 pak cik..maafkan saya,atas keterlanjuran saya menyiku perut pakcik..sampai pakcik senak..maafkan saya..(sambil buat mata berkaca)




..........................................................

orang tua itu tidak berkata apa-apa,mungkin sakit sangat agaknya...aku semakin rasa bersalah..aku tidak henti-henti meminta maaf dan orang tua itu masih tetap mendiamkan diri...mungkin marah sangat agaknya....aku terdiam terkaku,berdiri sahaja sambil memerhatikan orang tua itu berlalu pergi....pergi meninggalkan aku sendirian sambil berpuluh-puluh pasang mata memerhatikan insiden sadis itu tadi,ada yang ketawa..dan ada yang menggeleng-gelengkan kepala..memikirkan betapa besar IMPAKnya rancangan televisyen terhadap pemikiran seseorang...lebih-lebih lagi aku...

selepas itu,aku pun cepat-cepat meletakkan spek durjana itu tadi,dan terus mendapatkan Im dengan muka yang menahan malu dan bengang yang meluap-luap..aku pun terus beredar...disepanjang perjalanan,Im tidak henti-henti ketawa dan suruh aku bersabar...PADAN MUKA AKU!!...nak sangat jadi POWER RANGERS!!

rangers merah sentiasa di hati..huhu

biarlah hari itu menjadi sejarah pahit buat aku...apa yang pasti aku tidak akan sesekali melupakan riak wajah orang tua itu...dan aku akan tetap terus menyokong rancangan power rangers,kamen rider, dan yang seangkatan denganya..walaupun aku semakin dewasa...

ampun pakcik!!!!XD



semoga Allah mengampuniku,dan harap harap pakcik tu tidak apa-apa....

sekian...Enjoy reading...=)



gambaq2 sumber google..aku edit sikit jaa...muka pakcik tu bukan muka sebenar...gambaran sahaja...





2 comments:

  1. OOuuh.. cite nie.. da penah storey morey..hhe now, baru dapat gmbaran.. ada bakat wat komik la

    ReplyDelete

terasa PANIC dan terus Comment....